Wednesday 18 March 2015

Peranan Malaysia dalam OIC

APA ITU OIC??

  • OIC adalah singkatan kepada Organisation Of Islamic Conference atau Pertubuhan persidangan Negara-negara Islam. Ia juga bertindak sebagai satu-satunya forum khusus negara-negara islam bagi mewujudkan perpaduan sesama ummah. Terdapat beberapa buah negara yang berperanan penting dalam OIC dan Malaysia merupakan salah satu darinya serta aktif dalam segala aktiviti OIC.
Antara peranan yang telah Malaysia jalankan dalam OIC adalah menubuhkan Bank Pembangunan Islam (IDB) bagi menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara islam. Malaysia juga mengkritik campurtangan Rusia di Afghanistan, menyokong perjuangan rakyat Palestin, mengutuk dasar penghapusan etnik islam.

Selain itu, Malaysia membuat beberapa buah pelaburan negara di OIC. Mussabaqah Al-Quran juga dilakukan oleh Malaysia pada setiap tahun bagi mengeratkan ikatan siraturahim antara negara islam.

Seterusnya, bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi dan mangsa peperangan juga dihulurkan bagi meringankan bebanan. Tanggungjawab juga diberikan kepada Malaysia seperti mengetuai delegasi OIC peringkat menteri selaras dengan mandat mesyuarat khas untuk bertemu dengan ahli Kuartet.

Peranan yang terakhir, mengadakan mesyuarat khas peringkat menteri luar OIC mengenai timur tengah untuk membincangkan beberapa masalah.

Hasil keberkesanan peranan Malaysia ini, Malaysia diberi kepercayaan untuk terlibat dalam beberapa jawatankuasa penting OIC, menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting serta Malaysia juga diberi kepercayaan penuh untuk menubuhkan dan menerajui 'The Eminent Persons Group'.

OBJEKTIF

  • Penglibatan Malaysia dalam OIC banyak membantu Malaysia untuk lebih dikenali dan dihormati oleh negara-negara islam luar.
  • Malaysia juga dapat menonjolkan kemampuan dan kebolehan dalam menangani masalah dalam OIC.
  • Dan juga mendapat kepercayaan OIC dengan menjadi tuan rumah.

  •